Felani Galih Prabawa

30 Oktober 2011

Ciri-ciri Faham Islam Modern

10.22 Posted by Felani Galih Prabawa No comments
Sekarang, saya kan share tentang ciri-ciri faham Islam Modern yang seharusnya kita jauhi..

Beriktu ini adalah berbagai aspek yang mereka anggap sesat, padahal telah menjadi kebiasaan kita sehari-hari:

A. DOA, ZIKIR DAN BACAAN AL-QURAN
1. Menggangap doa beramai-ramai selepas shalat sebagai bid'ah.
2. Menganggap zikir dan wirid beramai-ramai selepas sembahyang atau pada bila-bila masa sebagai bid'ah.
3. Mengatakan bahawa membaca “Sodaqallahul-adzim” selepas bacaan al-Quran adalah bid'ah.
4. Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Quran dan Hadis sebagai bid'ah. Sebagai contoh mereka menolak Dala'il al-Khayrat, Sholawat asy- Syifa', al-Munjiyah, al-Fatih, Nur al-Anwar, al-Taj, dll.

5. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid'ah yang haram.
6. Mengatakan bahawa sedekah atau pahala tidak sampai kepada orang yang telah wafat.
7. Mengganggap penggunaan tasbih adalah bid'ah.
8. Mengganggap zikir dengan bilangan tertentu seperti 1000 (seribu), 10,000 (sepuluh ribu), dll sebagai bid'ah.
9. Menolak amalan ruqiyyah shar'iyyah dalam perubatan Islam seperti wafa', azimat, dll.
10. Menolak zikir isim mufrad: Allah Allah.
11. Melihat bacaan Yasin pada malam nisfu Sya'ban sebagai bid'ah yang haram.
12. Sering menafikan dan mempertikaikan keistimewaan bulan Rajab dan Sya'ban.
13. Sering mengkritik kelebihan malam Nisfu Sya'ban.
14. Mengangkat tangan sewaktu berdoa adalah bid'ah.
15. Mempertikaikan kedudukan shalat sunat tasbih.


B. PENGURUSAN JENAZAH DAN QUBUR
1. Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah SAW, para anbiya', awliya',
ulama' dan solihin sebagai bid'ah dan shalat tidak boleh dijama' atau qasar dalam
ziarah seperti ini.
2. Mengharamkan wanita menziarahi kubur.
3. Menganggap talqin sebagai bid'ah.
4. Mengganggap amalan tahlil dan bacaan Yasin bagi kenduri arwah sebagai bid'ah
yang haram.
5. Tidak membaca doa' selepas shalat jenazah.
6. Sebagian ulama' mereka menyeru agar Maqam Rasulullah SAW dikeluarkan. dari
masjid nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik
7. Menganggap kubur yang bersebelahan dengan masjid adalah bid'ah yang haram
8. Doa dan bacaan al-Quran di perkuburan dianggap sebagai bid'ah.


C. MUNAKAHAH
1. Talak tiga (3) dalam satu majlis adalah talak satu (1)


D. MAJLIS SAMBUTAN BERAMAI-RAMAI (TABLIGH AKBAR)
1. Menolak sambutan Maulid Nabi, bahkan menolak cuti sempena hari Maulid Nabi,
bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan peringatan Maulid Nabi dengan perayaan
Kristian bagi nabi Isa a.s.
2. Menolak amalan marhaban
3. Menolak amalan barzanji.
4. Berdiri ketika bacaan maulid adalah bid'ah
5. Menolak sambutan Ma'al Hijrah, Isra' Mi'raj, dll.


E. HAJI DAN UMRAH
1. Coba mengalihkan "Maqam Ibrahim a.s." namun usaha tersebut telah dipatahkan oleh al-Marhum Sheikh Mutawalli Sha'rawi apabila beliau pergi bertemu dengan Raja Faisal ketika itu.
2. Menghilangkan tanda telaga zam-zam untuk dielak oleh orang yang bertawaf ketika bertawaf.
3. Mengubah tempat sa'i di antara Sofa dan Marwah yang mendapat tentangan ulama' Islam dari seluruh dunia.


F. PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
1. Ramai para professional menjadi ustadz-ustadz mereka (di Indonesia)
2. Ulama' yang sering menjadi rujukan mereka adalah:
a. Ibnu Taymiyyah
b. Ibnu al-Qayyim
c. Muhammad Abdul Wahhab
d. Sheik Abdul Aziz Ibn Bazz
e. Nasiruddin al-Albani
f. Sheikh Muhammad Soleh Ibn Utsaimin
g. Sheikh Soleh Fauzanal-Fauzan
3. Sering mewar-warkan untuk kembali kepada al-Quran dan Hadis (tanpa menyebut
para ulama', sedangkan al-Quran dan Hadis sampai kepada umat Islam melalui para
ulama' dan para ulama‟ jua yang memelihara al-Quran dan Hadis untuk umat ini)
4. Sering mengkritik Imam al-Ghazali dan kitab “Ihya' Ulumiddin”


G. PENGKHIANATAN MEREKA KEPADA UMAT ISLAM
1. Bersepakat dengan Inggeris dalam menjatuhkan kerajaan Islam Turki Usmaniyyah
2. Melakukan perubahan kepada kitab-kitab turath yang tidak sehaluan dengan mereka
3. Ramai ulama' dan umat Islam dibunuh sewaktu kebangkitan mereka
4. Memusnahkan sebahagian besar kesan-kesan sejarah Islam seperti tempat lahir Rasulullah saw, jannat al-Baqi' dan al-Ma'la [makam para isteri Rasulullah SAW di Baqi', Madinah dan Ma'la, Mekah], tempat lahir Sayyiduna Abu Bakr dll, dengan hujah perkara tersebut boleh membawa kepada syirik.
5. Di Indonesia, sebahagian mereka dahulu dikenali sebagai Kaum Muda atau Mudah (karena hukum fiqh mereka yang mudah, ia merupakan bentuk ketaatan bercampur dengan kehendak hawa nafsu).
6. Antara nama/seruan yang pernah digunakan/dilaungkan oleh mereka di Indonesia dahulu ini ialah Ittiba' Sunnah. Pihak Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-14 yang bersidang pada 22-23 Oktober 1985 telah pun mengeluarkan fatwa menyatakan kesesatan ajaran Ittiba‟ al-Sunnah ini.


H. TASAWWUF DAN TAREQAT
1. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab sufi yang mu'tabar
2. Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani
3. Tidak dapat membezakan antara amalan sufi yang benar dan amalan bathiniyyah yang sesat

Begitulah ciri-ciri Faham Islam Modern..
Lalu solusi agar kita terhindar dari faham-faham seperti itu adalah sering mengaji kepada Ulama atau Ustadz yang bermadzhab baik itu Syafi'iyah, Malikiyah, Hambaliyah, ataupun Hanafiyah..
Indonesia merupakn negara yang mayoritas Ulamanya bertaklid kepada Imam Syafi'i..

Salam G-In ^^

0 comments:

Posting Komentar

Thanks you, visitors.